Bengkel Aplikasi PERKASA telah pun berlangsung di Sunway Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 3 & 4 Disember 2022. Bengkel ini disertai oleh semua Setiausaha Perkasa Cawangan dan Exco Pusat. Aplikasi PERKASA merupakan aplikasi pertama diperkenalkan di kalangan NGO Jabatan. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan semula penggunaan aplikasi ini di kalangan SU Cawangan bagi pengemaskinian maklumat ahli dan aktiviti atau program di setiap cawangan. Diharapkan ahli-ahli Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia dapat mengemaskini maklumat diri di dalam aplikasi bagi tujuan penerimaan manfaat ahli dan seterusnya mendapatkan maklumat terkini aktiviti Persatuan melaluinya.