Kuala Lumpur: Teka-teki berhubung jawatan nombor satu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akhirnya terjawab selepas Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Zazuli, 60, adalah pegawai paling kanan di agensi berkenaan dan pernah bertugas di beberapa negeri antaranya sebagai Penolong Ketua Pengarah Kastam Wilayah Tengah sebelum dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri).
Turut dinaikkan pangkat ialah Datuk Abdullah Jaapar sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Maklumat lanjut, layari berita Metro di link berikut: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/859347/zazuli-kp-baharu-kastam