
Campur serbuk kristal ketamin bersama pelbagai jenis kacang. Itu modus operandi dilakukan sindiket pengedaran dadah untuk membawa masuk bahan terlarang itu ke negara ini.
Bagaimanapun, taktik itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) susulan rampasan 42 kotak di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, 4 Julai, sebelum menemui dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM13.48 juta yang dianggarkan rampasan terbesar tahun ini.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM menyita 42 kotak di Kompleks Kargo KLIA, pada 11 malam, 4 Julai lalu.
Maklumat lanjut layari: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/861548/campur-dadah-dalam-kacang-sebelum-dibawa-diseludup-masuk