Ya Allah Wahai Tuhan Yang Maha Agung. Hanya kepada-Mu tempat kami mengadu dan mengharap. Tiada pergantungan terbaik kecuali kepada-Mu.
Hanya Kau Ya- Allah pelindung dan penyelamat kami. Alhamdulillah.. Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat telah pun dijalankan pada 20 Oktober 2022 di Surau Al-Amin, Aras 5 Utara, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya. Perkasa Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi jabatan dan ahli-ahli Perkasa Malaysia yang berkelapangan menyertai majlis ini secara bersemuka dan di dalam talian (online).