KUNJUNGAN HORMAT PERKASA MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH KASTAM

PUTRAJAYA, 20 Sep 2022 – Yang Berusaha Tuan Asri Bin Seman, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Hj. Zazuli Bin Johan, Ketua Pengarah Kastam Malaysia di pejabat beliau.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Exco Perkasa Malaysia Sesi 2022-2024 yang telah dilantik pada Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Perkasa Kali Ke-30 pada Ogos 2022 yang lalu.

Antara objektif utama pertemuan di atas adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu perjawatan, kebajikan ahli dan isu berbangkit dalam jabatan. Perkasa Malaysia mendapat respon positif daripada YBhg Ketua Pengarah Kastam, kerana kunjungan hormat seumpama ini dilihat mampu menjadi platform berkesan dalam usaha memantapkan kerjasama antara NGO dan pentadbiran tertinggi jabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *